Sunday, May 27, 2012

BERAT BADAN

Mengapa Turunkan Berat Badan?


Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.


Friday, May 25, 2012

CERITA SKY RUNNER DALAM INTERNET


Dalam satu kejohanan seratus meter pecut di Afica Selatan, seorang lelaki telah memenangi pertandingan tersebut dengan masa 10’55”. Satu saat melebihi rekodnya yang terdahulu. Ramai orang tertanya-tanya mengapakah lariannya begitu laju dan apakah rahsia kemenangannya. Mengapa? Ini kerana dia kerap menjalani latihan larian menggunakan “Skyrunner” dua bulan sebelum kejohanan berlansung. “Skyrunner” boleh meningkatkan keupayaan melompat, kelajuan dan fleksibiliti seseorang supaya dia dapat mengatasi had manusia biasa di dalam sukan.

Ini dinyatakan di dalam laporan kajian oleh International Jump Sport Association: “Permainan Melompat” boleh merenggangkan sendi-sendi dengan effektif dan memastikan ia sihat. Ia juga jelas boleh meningkatkan ketinggian seorang remaja. Di negara Eropah, terdapat ujian ketinggian untuk pelajar-pelajar sekolah yang dijalankan mengikut umur masing-masing. Doktor yang menjalankan ujian tersebut telah menemui tiga orang pelajar yang ketinggiannya melebihi pelajar-pelajar lain sebanyak 5cm walaupun umur mereka sebaya. Oleh itu, doktor tersebut telah menjemput beberapa orang pakar penyelidik pembesaran kanak-kanak untuk menjalankan kajian terhadap fenomena tersebut. Hasil kajian terperinci, pakar-pakar tersebut mendapati kadar ketinggian tiga orang pelajar tersebut telah mengatasi kadar ketinggian pelajar-pelajar lain kerana tiga orang pelajar tersebut telah menjadikan “Skyrunner” sebagai sukan harian mereka.....yang mana permainan istimewa skyrunner ini telah meningkatkan tahap "motion" kanak-kanak tersebut 2 kali ganda mengatasi rakan-rakan mereka yang lain.

Hanya sebulan diperlukan untuk mengurangkan berat badan!! Tiada isu berat badan lagi apabila anda telah memiliki “Skyrunner”!! Seorang wanita berusia 25 tahun telah membuat pengakuan bahawa sebelum menggunakan “Skyrunner”, dia telah mencuba pelbagai ubat dan kaedah untuk mengurangkan berat badan tetapi hasilnya tetap tidak memberansangkan. Dia telah kecewa kerana setiap usahanya hanya akan berakhir dengan jalan buntu. Namun sejak menggunakan “Skyrunner”, berat badannya telah berkurangan dengan senang dan effektif. Setiap hari dia hanya bermain “Skyrunner” selama setengah jam, dan dalam masa sebulan dengan takjubnya berat badan wanita tersebut telah menurun dari 60kg menjadi 53kg iaitu penurunan sebanyak 7kg. Itulah keajaiban “Skyrunner”!!!!!!!!!