Monday, October 8, 2012

video pertama fox cave jumperz


Perh.. akhirnya siap juga projek pertama saya untuk edit 1 video menggunakan movie maker nih..
ni merupakan video pertama yg sy buat.. mula2 memang susah coz sy ada 400 keping gambar sky runner.. 
so.. mana2 gambar yg terpilih tu kira gmbr terbaik la.. mula2 edit memang banyak masalah.. satu2 datang ... firstly , komp. problem.. x leh nk buat apa.. terus hang out.. hehe terlalu berat kot.. yea la komputer pun guna laptop buruk .. tunggu modal masuk banyak sikit tahun depan nk beli baru yg lg power...so sy pun terpaksa la buat lain & menggunakan apa yg ada nih.. problem ke2 la bila nk upload.. yea la internet pakai hok iphone 4s.. so ada la 2G tuk penggunaan internet.. hampeh line slow giler coz sy dah menggunakan max limits.. so terpaksa la tungu hampir sejam baru siap.. hehe apa2 pon hasil nye ok la.. biasa2 jer harap terhibur... video ni tuk kawan2 yg sporting gila.. u all the best

oh ya.. sy terlupa lak sebelum ni mmg ada pun video2 tuk fox cave jumperz ni but.. sy buat terus upload menggunakan hp iphone sy.. so sory sekiranya kualiti gambar x berapa nk jadi k..
haha yg ni video2 masa mmbr first time nak belajar sky runner.. haha







kemudian video masa nk belajar melompat2.. haha just menggunakan kerusi kt tasik gua musang sebagai halangan.. kalau berani cuba lar.. best!! weee...




kemudian bila rasa semakin seronok n tercabar nk buat aksi sy pun try la buat aksi lompatan ke atas m/sikal.. hehe mula2 rasa cemas n takut.. tapi bila dah rasa yakin mesti boleh buat x der yg mustahil dalam dunia.. kalau x percaya try buat!!


kadang2.. bila duduk kt mana2 tempat mesti tertarik nk buat skill... sy pun sama so bila sy terjumpa tiang mula nk try skill lain.. hehe.. yang ni lucu sikit..
sebenarnya atas kehendak diri kita nk main cm mana... so up to u all nk buat skill apa2.. ni skil bermain bebas... feel free to play... have fun k
bila dah sampai tahap gila or cronik boleh la mencuba2 skil flif.. perh skill ni payah sikit susah nk buat.. tapi enjoy juga main.. hehe tengo la sendiri latihan2 yg sy cipta sendiri.. ni smua teknik yg datang sendiri.. rasa nk buat try la

 

semoga terhibur dengan video yg x seberapa ni,.. salam ceria dr sy...
terima kasih kerana meluangkan masa anda..



gondu85


Tuesday, June 5, 2012

JOM BERSENAM

Mencari masa dalam hidup yang terlampau sibuk untuk bersenam adalah satu cabaran bagi semua rakyat Malaysia yang memang sibuk. Ini benar terutama bagi mereka yang juga adalah ibu bapa atau bekerja sepenuh masa atau kedua-duanya. Tetapi manfaat bersenam adalah jauh lebih besar dari nilai mengorbankan masa bekerja itu. Dan bagi sesiapa yang telah berjaya menguruskan masa untuk berbuat demikian akan memberitahu anda betapa gembiranya mereka untuk mendapati masa tersebut. Mereka akan memberitahu anda betapa lebih bertenaganya mereka, dan bagaimana mereka boleh melakukan sesuatu kerja dengan lebih lagi berbanding sebelum mereka mula bersenam secara selalu. Jadi tiada lagi alasan untuk anda! Buatlah satu tindakan aktif dalam menentukan masa depan anda. Anda berhak memberi diri anda hadiah untuk hidup dengan baik dengan kesihatan baik.



Mengapa Menjadi Aktif Begitu Penting?

Fakta-faktanya jelas: Dengan bersenam sesedikit 30 minit setiap hari anda boleh mengurangkan risiko anda untuk penyakit jantung. Tanpa aktiviti fizikal tetap, badan perlahan-lahan kehilangan kekuatan dan keupayaannya untuk berfungsi dengan baik. Aktiviti fizikal = kehidupan lebih sihat lebih lama.

Aktiviti fizikal secara tetap membantu: Menurunkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol “baik” HDL dalam darah anda, mengawal gula dalam darah dengan memperbaik bagaimana badan anda menggunakan insulin, mengurangkan perasaan tekanan atau stres, mengawal berat badan dan membuat anda rasa suka tentang diri anda.


Garis Panduan Ringkas

Pakar-pakar kesihatan mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu senaman sederhana atau 75 minit setiap minggu senaman berat. Atau satu campuran sederhana dan berat. Aktiviti fizikal adalah apa saja yang membuat anda menggerakkan badan anda dan membakar kalori, seperti menaiki tangga atau bersukan. Senaman-senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal memanfaatkan jantung anda. Senaman kekuatan dan senaman regangan adalah terbaik untuk stamina dan kelenturan menyeluruh anda.


Untuk meningkatkan aktiviti fizikal dalam gaya hidup anda, anda boleh cuba:
  • Meletak kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju
  • Berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan berjalan kaki sepanjang hari bekerja di sekitar tempat kerja
  • Bermain dengan teman-teman dan keluarga anda.
Paling mudah, perubahan positif yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan jantung anda dengan berkesan ialah dengan mula berjalan. Ia menyeronokkan, percuma, mudah, dapat bertemu mata dengan orang, dan juga satu senaman yang hebat!

or u all can cuba permainan yg baru dan seronok yang boleh di kongsi bersama rakan kenalan dan sahabat handai.. or fmly kita sendiri.. seperti sky runner..


Monday, June 4, 2012

KONGSI PERASAAN



Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja






Bagaimana mengendalikan perasaan anda



  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain





Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan


  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda


Sunday, May 27, 2012

BERAT BADAN

Mengapa Turunkan Berat Badan?


Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.


Friday, May 25, 2012

CERITA SKY RUNNER DALAM INTERNET


Dalam satu kejohanan seratus meter pecut di Afica Selatan, seorang lelaki telah memenangi pertandingan tersebut dengan masa 10’55”. Satu saat melebihi rekodnya yang terdahulu. Ramai orang tertanya-tanya mengapakah lariannya begitu laju dan apakah rahsia kemenangannya. Mengapa? Ini kerana dia kerap menjalani latihan larian menggunakan “Skyrunner” dua bulan sebelum kejohanan berlansung. “Skyrunner” boleh meningkatkan keupayaan melompat, kelajuan dan fleksibiliti seseorang supaya dia dapat mengatasi had manusia biasa di dalam sukan.

Ini dinyatakan di dalam laporan kajian oleh International Jump Sport Association: “Permainan Melompat” boleh merenggangkan sendi-sendi dengan effektif dan memastikan ia sihat. Ia juga jelas boleh meningkatkan ketinggian seorang remaja. Di negara Eropah, terdapat ujian ketinggian untuk pelajar-pelajar sekolah yang dijalankan mengikut umur masing-masing. Doktor yang menjalankan ujian tersebut telah menemui tiga orang pelajar yang ketinggiannya melebihi pelajar-pelajar lain sebanyak 5cm walaupun umur mereka sebaya. Oleh itu, doktor tersebut telah menjemput beberapa orang pakar penyelidik pembesaran kanak-kanak untuk menjalankan kajian terhadap fenomena tersebut. Hasil kajian terperinci, pakar-pakar tersebut mendapati kadar ketinggian tiga orang pelajar tersebut telah mengatasi kadar ketinggian pelajar-pelajar lain kerana tiga orang pelajar tersebut telah menjadikan “Skyrunner” sebagai sukan harian mereka.....yang mana permainan istimewa skyrunner ini telah meningkatkan tahap "motion" kanak-kanak tersebut 2 kali ganda mengatasi rakan-rakan mereka yang lain.

Hanya sebulan diperlukan untuk mengurangkan berat badan!! Tiada isu berat badan lagi apabila anda telah memiliki “Skyrunner”!! Seorang wanita berusia 25 tahun telah membuat pengakuan bahawa sebelum menggunakan “Skyrunner”, dia telah mencuba pelbagai ubat dan kaedah untuk mengurangkan berat badan tetapi hasilnya tetap tidak memberansangkan. Dia telah kecewa kerana setiap usahanya hanya akan berakhir dengan jalan buntu. Namun sejak menggunakan “Skyrunner”, berat badannya telah berkurangan dengan senang dan effektif. Setiap hari dia hanya bermain “Skyrunner” selama setengah jam, dan dalam masa sebulan dengan takjubnya berat badan wanita tersebut telah menurun dari 60kg menjadi 53kg iaitu penurunan sebanyak 7kg. Itulah keajaiban “Skyrunner”!!!!!!!!!